NADI – MAHIR: Mahir Masak dan Mahir Fotografi Minggu 22

9 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

8 – 12 Jun 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – MAHIR: Mahir Masak & Mahir Foto Minggu 19. Seramai 4 orang peserta mahir masak dan seorang peserta mahir fotografi. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang sehingga 4.30 petang.

Modul Kelas Spesial: Kenali Peserta Mahir Masak yang Berjaya (Alumni) program ini memberi peluang kepada peserta mengenali alumni yang berjaya dalam bidang masakan dan telah menjadikan kemahiran memasak sebagai sumber pendapatan serta kerjaya. Alumni berkongsi pengalaman, cabaran dan tip kejayaan bagi memberi inspirasi serta motivasi kepada peserta untuk terus mengembangkan bakat dan menceburi bidang kulinari dengan lebih yakin.

Modul “Kamera Jadi Duit: Jom Jana Income Dengan Content Visual (Foto & Video)” memberi pendedahan tentang cara menjana pendapatan melalui penghasilan kandungan foto dan video yang menarik. Peserta mempelajari teknik asas fotografi, rakaman video, penyuntingan serta cara menggunakan media sosial untuk mempromosikan kandungan. Program ini turut membuka peluang kepada peserta menjadikan kemahiran menghasilkan kandungan visual sebagai sumber pendapatan sampingan atau kerjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali